Close

EKSKLUSIFKAN
DIRIMU

SEMINAR IMEJ 360 – ILMU IMEJ UNTUK WANITA TAMPIL EKSKLUSIF
Pelajari formula imej yang menyeluruh untuk tampil lebih yakin, lebih berkredibiliti dan memberi impak kepada bisnes, kerjaya dan kehidupan peribadi.

Tentang SeminarDaftar

Seminar Imej 360

Seminar Eksklusif Untuk Wanita Eksklusif

TARIKH:
22 APRIL 2017
SABTU

MASA:
8.30 PAGI –
6.00 PETANG

TEMPAT:
Ideal Convention Centre
(IDCC), Shah Alam

Lokasi Seminar

Dilema Imej Wanita

Adakah Anda Alami Dilema Berikut?

Saiz Badan Penghalang Untuk Bergaya

Wanita yang gempal, berisi, plus-size, comel dan seumpamanya sering rasa kecewa dan kurang yakin diri kerana sukar mencari gaya atau pakaian. Ada rasa cemburu apabila melihat yang kurus ramping nampak cantik apabila bergaya.

Kulit Tidak Cerah Rasa Diri Kurang Cantik

Ramai berpendapat kulit gelap adalah kurang menarik berbanding kulit cerah. (Ini anggapan yang tidak benar). Lalu wanita yang berkulit gelap rasa ragu untuk pakai warna tertentu kerana takut kelihatan ‘buruk’. Adakah anda begitu?

Sudah Bertahun-Tahun Pakai Gaya Yang Sama

Sejak bertahun yang lalu, gaya anda tidak pernah berubah walaupun umur sudah semakin matang. Anda pernah cuba untuk tukar gaya, tetapi berasa kekok. Akhirnya anda kembali kepada gaya asal.

Imej Sekarang Memberikan Risiko

Anda bekerja keras, tetapi ada orang lain yang mempunyai imej lebih baik memperolehi peluang itu. Anda sukar diyakini pelanggan, majikan, rakan sekerja dan orang lain kerana dilihat kurang berpotensi berdasarkan imej anda.

Rasa Rendah Diri Dan Kurang Yakin

Dalam bisnes atau kerjaya, anda sering rasa kurang yakin kepada diri sendiri. Anda ragu-ragu pada penampilan yang sepatutnya anda tampilkan. Anda melepaskan banyak peluang kerana tidak pasti anda layak mendapatkannya.

Amat Mahukan Perubahan Imej Diri

Demi bisnes, kerjaya atau keluarga, anda amat menginginkan perubahan imej yang sesuai dengan diri anda. Anda mahu lebih dihormati, lebih mendapat peluang dan dilihat berpotensi. Anda sangat mahu berubah!

Jika Anda Alami Semua Ini…

Seminar Ini Wajib Anda Sertai!

Speaker Seminar Imej 360

Pakar Yang Akan Menjadikan Anda Lebih Eksklusif!

PUAN MARY, GURU IMEJ

Internationally Certified Image Consultant

DATUK DR MOHD FADZILAH KAMSAH

Pakar Motivasi Malaysia

Fakta Eksklusif
Tentang Puan Mary

Puan Mary, seorang guru imej yang sering menjadi rujukan utama oleh individu dan organisasi yang mahu mendalami ilmu imej. Kredibiliti beliau turut menjadi faktor beliau kerap diundang di media seperti Astro, RTM, TV3, TV Alhijrah, Harian Metro dan lain-lain. Selain itu, beliau juga mempunyai pencapaian berikut:

58000
FB Followers
500
Program Imej Dikendalikan
124
Perunding Imej Dilatih
9
Tahun Pengalaman

Sumbangan Besar

Puan Mary Dalam Industri Imej

Puan Mary mula menceburkan diri dalam industri imej pada tahun 2009 dan sejak itu tidak pernah berhenti daripada terus berkongsi ilmu imej kepada masyarakat. Kerana keperluan ramai individu yang mahukan penambahbaikan imej, maka Puan Mary mendapat satu inspirasi untuk meramaikan lagi perunding imej profesinal bertauliah di peringkat tempatan tetapi mempunyai kualiti peringkat antarabangsa.


Dengan inspirasi berkenaan, maka Puan Mary telah menubuhkan Akademi Perunding Imej Profesional, sebuah akademi yang mempunyai impian besar dalam melahirkan ramai perunding imej di Malaysia yang mampu menyumbang terhadap pembinaan industri imej. Selain itu, Akademi Perunding Imej Profesional juga menjadi sebuah akademi yang membekalkan maklumat, produk dan panduan dalam latihan imej.


Sehingga hari ini, Puan Mary telah melatih 118 orang Perunding Imej Profesional Bertauliah (CPIC) sehingga ambilan pelajar yang ke-11 dan juga 6 orang Perunding Imej Lelaki Bertauliah (CMIC).

Koleksi Siaran Media

Yang Memaparkan Puan Mary

RTM : Tips Pemilihan Aksesori
TV Alhijrah : Tips Imej Profesional
TV Alhijrah : Tips Imej Temuduga
TV Alhijrah : Tips Warna
Astro Prima : Kepentingan Imej
TV Alhijrah : 5 Tip Imej Profesional
RTM : Tip corak dan Warna
Starive : Bincang – bincang imej bersama VJ Fara
Nasional FM : Tip Gaya untuk Wanita Gempal dan Wanita Kurus
Harian Metro : Kerjaya perunding Imej
Kosmo : Kerjaya Pembeli Peribadi
Berita Harian : Kepentingan Imej Profesional
Berita Harian : Perunding Imej Korporat Muslimah
Berita Harian : Personaliti Dalaman Penentu Gaya Peribadi
Kosmo : Ilmu Imej dan Gaya
Berita Harian : Kerjaya Sebagai Perunding Imej
Berita Harian : Kerjaya Perunding Imej

Apa Kata Mereka

Tentang Puan Mary

Cikpuan Shafa Alias

WANITA DARI SARAWAK INI BERJAYA MENCAPAI IMPIANNYA SEJAK 14 TAHUN YANG LALU DENGAN HANYA MULA MENGUBAH PENAMPILAN DAN IMEJ DIRI

Sebelum hadir ke program Puan Mary.

Perkara yang saya sering dihadapi adalah memilih pakaian dan kasut yang sesuai untuk sesuatu majlis. Sehinggakan tidak mahu pergi ke majlis tersebut disebabkan kod etika pakaian yang ditetapkan membuatkan saya rasa kurang selesa. Sebab apa? Sebab saya tidak tahu adakah ia memenuhi kehendak ataupun tidak. Apatah lagi pemilihan warna baju dan tudung.

Warna wajib yang perlu ada dalam koleksi saya adalah warna hitam. Saya beranggapan ia padan untuk semua. Sudah tentu masalah yang paling dirisaukan adalah dari segi kewangan untuk menyertai program. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Yuran program, penginapan, pengangkutan, tiket penerbangan dan lain-lain kerana saya dari Sarawak dan program adalah di Kuala Lumpur. Namun semua itu dapat di atasi. Nak berubah perlukan pengorbanan. Ini berlaku sebelum saya menyertai program.

SELEPAS MENYERTAI KELAS PUAN MARY

Selepas menyertai dan melalui program, kehidupan saya banyak berubah. Dari segi penampilan paling ketara sekali. Orang sekeliling nampak perubahan positifnya dan sekaligus membuatkan mereka turut mahu perubahan sebegitu. Sekarang lebih konsisten dari segi berpakaian. Mengikut teknik TOPP katakan. Bukan sekadar dari segi penampilan sahaja berubah namun dari semua aspek termasuk cara percakapan dan tingkah laku kita. Secara peribadinya bagi saya, banyak perkara yang boleh dilihat selepas menyertai program tersebut. Selain ilmu imej, saya banyak belajar tentang ilmu dunia bisnes dan latihan.

Jika tuan dan cikpuan bertanya kepada saya berbaloikah pengorbanan yang dilakukan terutama sekali dari segi kewangan? Ya. Sangat berbaloi. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Jika kita yakin ilmu itu boleh memberi manfaat kepada diri dan orang lain, duit bukan segala-galanya.

Akhir kata, imej yang positif akan memberi aura positif kepada orang lain. Belajarlah ilmu imej. Tidak rugi untuk diaplikasikan. Sekurang-kurang ia berguna untuk diri sendiri. Ia akan memberi impak yang luar biasa setelah tuan dan cikpuan memahami ilmu imej ini.

video – Cikpuan Nurfarawahidah

DARI KELIHATAN “BOYISH” KINI WANITA INI BUKTIKAN BELIAU MAMPU MENGUBAH PENAMPILANNYA 360 DARJAH DENGAN ILMU IMEJ!

Dulu saya ini jenis yang ‘simple’ dan memang lebih suka nampak santai. Kalau sebut pasal ‘make-up’ memang zero dan yang saya tahu pakai bedak dan lip balm je supaya tak nampak pucat. Dari segi penampilan pula pemilihan kasut dan pakaiannya memang nampak agak ‘boyish’ dan tak begitu ‘feminin’.

Saya memang tak reti nak berpakaian seperti ‘wanita, lagi-lagi kalau nak pakai pakaian yang warna ‘pink’. Saya rasa tak sesuai dengan diri saya. Pemilihan tudung pula saya cuma rasakan tudung bawal sahaja yang sesuai! Pada saya , imej ini sekadar rupa sahaja cukup kalau pandai bercakap dan pandai bergaul itu sudah memadai.

SELEPAS MEMPELAJARI ILMU IMEJ

Kini saya rasa lebih berani, lebih tahu dan bagaimana untuk berpenampilan lebih menarik! Dengan ilmu imej yang Puan Mary ajarkan saya sudah pandai memilih dan juga memakai shawl dan jika pakai tudung bawal pun saya sudah tahu bagaimana untuk tidak ‘nampak selekeh’ kerana sudah tahu jenis bentuk muka diri sendiri.

video – Puan Hailen

WANITA INI MEMBUKTIKAN UMUR BUKAN PENGHALANG UNTUK TAMPIL BERGAYA DENGAN ILMU IMEJ YANG TEPAT


Apabila saya mencapai umur 50 an, saya agak keliru di antara kemahuan untuk bergaya untuk kelihatan muda atau kesedaran untuk bergaya sepadan dengan usia saya.

Sebelum saya tahu berkenaan ilmu pengurusan imej, saya hanya memilih pakaian yang saya suka untuk dipakai ke pejabat tanpa memikirkan impak dan mesej yang disampaikan. Ketika itu, saya merasakan saya tidak perlu apa – apa panduan kerana saya berhak menentukan imej saya sendiri.

Selepas menghadiri kelas Puan Mary, ia memberikan saya satu spektrum ilmu tentang pengurusan imej yang sebelum ini tidak pernah saya terfikir. Antara ilmu yang saya paling terkesan adalah ilmu style personaliti. Dengan ilmu stail personaliti, saya lebih jelas berkenaan pemilihan imej yang sesuai dengan diri saya sendiri. Ilmu yang diberikan oleh Puan Mary juga membuatkan saya mula berhati-hati dalam pemakaian seharian saya.

Kini saya merasa lebih tenang kerana saya faham apa yang saya pakai adalah mengikut peraturan dan ilmu imej yang tepat.

Apa Yang Akan Anda Pelajari?

Seminar Imej 360 adalah seminar yang menekankan ilmu imej secara menyeluruh. Bukan hanya topik imej luaran akan dikupas, topik lain seperti teknik interaksi berkarisma, seni bertutur yang dikagumi, kekuatan dalaman dan kepintaran sosial juga akan dikongsikan.

Audit Imej 360

Di manakah tahap imej anda sekarang? Dan ke tahap manakah yang anda mahu capai?

Anda akan melakukan audit Imej 360 untuk menilai jurang di antara imej semasa dengan imej tertinggi. Di sini anda akan mengetahui langkah yang anda perlu lakukan untuk upgrade imej diri agar tampil lebih yakin dan eksklusif.

Psikologi Warna 360

Apakah warna yang menyerlahkan diri anda? Warna apa pula yang perlu anda elakkan.

Anda akan memahami prinsip pemilihan warna untuk tujuan branding diri, mempengaruhi dan membina persepsi. Anda juga akan diperkenalkan dengan alat yang praktikal dan berkesan dalam memadankan warna pakaian.

Formula Gaya 360

Anda sering rasa kekok untuk mengenakan gaya berbeza? Adakah anda fikir rasa rendah diri terhadap tubuh dan gaya anda?

Anda akan mengetahui teknik bergaya berdasarkan analisa bentuk tubuh, juga diberikan senarai semak pakaian wajib ada untuk bergaya dengan lebih berkarisma dalam pelbagai acara.

Seni Interaksi 360

Anda rasa janggal untuk berinteraksi dengan orang yang baru ditemui? Anda fikir gaya bersosial anda tidak berkarisma?

Anda akan mempelajari teknik pantas dan berkesan untuk berhubung dengan orang lain secara profesional dan berkredibiliti. Anda akan dilatih untuk lebih lancar dalam seni bersosial.

Siapa Perlu Hadir?

USAHAWAN

Imej yang tidak dibina selari dengan misi dan jenama bisnes, pasti lebih sukar untuk meyakinkan pelanggan dan bakal pelabur.

PENJUAL PRODUK KECANTIKAN

Tiada orang yang mahu membeli produk kecantikan daripada penjual yang tidak cantik imej, bahasa dan cara layanannya.

PENGUSAHA BUTIK

Mempunyai imej yang baik secara online dan offline adalah penting untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan.

EJEN INSURANS

Walaupun anda jual polisi yang terbaik, prospek atau klien akan lari jika anda ambil ringan soal penampilan dan cara layanan.

CEO, PEMILIK SYARIKAT

Tanpa imej yang berpengaruh dan konsisten, anak buah tidak mudah untuk memupuk rasa hormat kepada anda.

KAKITANGAN ORGANISASI

Tanpa imej yang baik, sikap yang positif dan komunikasi yang cemerlang, majikan sukar nampak potensi anda.

PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

Walaupun anda bertemu pelanggan sebentar sahaja, pelanggan akan selama-lamanya ingat pada penampilan dan tutur kata anda.

PENGURUS RUMAH TANGGA

Imej seorang pengurus rumah tangga adalah inspirasi kepada pasangan dan keluarganya. Jangan abai diri. Anda perlu jadi idola di rumah.

Daftar Seminar Imej 360

PELABURAN BERBALOI UNTUK Eksklusifkan Dirimu

LV PLUS
  • ✔ Tempat Hadapan
  • ✔ Kaunter Khas
  • ✔ Manual Imej 360
  • ✔ Goodie Bag
  • ✔ Wrist Band
  • ✔ Kad Interaksi 360
  • ✔ Baucar Program 40%
  • ✔ E-Book Imej
  • ✔ Kad Audit Imej 360
  • ✔ 60 Keping Kad Warna
  • ✔ Pengiring Khusus
  • ✔ Jamuan Khas
  • ✔ 1-on-1 Coaching Bersama Puan Mary
RM600
seorang
 
DAFTAR SEKARANG
LV
  • ✔ Tempat Hadapan
  • ✔ Kaunter Khas
  • ✔ Manual Imej 360
  • ✔ Goodie Bag
  • ✔ Wrist Band
  • ✔ Kad Interaksi 360
  • ✔ Baucar Program 30%
  • ✔ E-Book Imej
  • ✔ Kad Audit Imej 360
  • ✔ 60 Keping Kad Warna
  • Pengiring Khusus 
  • Jamuan Khas 
  • 1-on-1 Coaching 
1 orang: RM290

2 orang: RM540

3 orang: RM750
 
DAFTAR SEKARANG
PRADA
  • ✔ Tempat Belakang GUCCI
  • ✔ Kaunter Khas
  • ✔ Manual Imej 360
  • ✔ Goodie Bag
  • ✔ Wrist Band
  • ✔ Kad Interaksi 360
  • ✔ Baucar Program 10%
  • E-Book Imej
  • Kad Audit Imej 360
  • 60 Keping Kad Warna
  • Pengiring Khusus 
  • Jamuan Khas 
  • 1-on-1 Coaching 
1 orang: RM160

2 orang: RM260

3 orang: RM330
 
DAFTAR SEKARANG

Produk Yang Anda Dapat

Kelebihan Memiliki Produk Imej Berikut

1-On-1 Coaching

Dikendalikan Sendiri Oleh Puan Mary

Kepada 10 orang yang mendaftar pakej LV Plus, anda cukup bertuah. Sesi coaching bersama Puan Mary ini bernilai RM3500! Sesi coaching ini akan memberikan anda panduan lengkap yang dicetak khusus untuk diri anda.


Anda akan diberi tunjuk cara memilih gaya tudung/rambut yang sesuai dengan bentuk muka, cara memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badan dan rangka tubuh, warna yang paling sesuai dengan tona warna kulit, kod pakaian dan lain-lain.

Anda juga akan memperolehi laporan bercetak yang mengandungi panduan dan ilustrasi pakaian, aksesori, gaya tudung atau potongan rambut yang boleh dikenakan, termasuk sampel warna yang boleh digayakan pada pakaian dan mekap.

60 Keping Kad Warna

PILIH WARNA ANDA DENGAN LEBIH YAKIN

Khas buat LV Plus dan LV, anda akan menerima 60 Keping Kad Warna yang akan menjadi rujukan anda setiap hari dalam memilih kombinasi penampilan. Kad warna ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia!


Ramai wanita keliru dalam memilih kombinasi warna sama ada untuk pakaian harian atau acara istimewa. Kad ini memberi solusinya! Dengan kad bersaiz poket ini, bukan sahaja mudah untuk memilih, malah mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Selepas memiliki kad ini, anda tidak akan lagi keliru dalam aspek pemilihan warna. Mata anda akan menjadi lebih tajam dalam mengenali kualiti warna yang sesuai untuk pakaian diri sendiri.


Kad Audit Imej 360

Analisa Imej Anda Bermula Di Sini

Kad eksklusif ini akan menjadi panduan untuk peserta LV Plus, LV dan Gucci untuk mengenali gaya personaliti, bentuk badan dan rangka badan. Dengan maklumat di dalam kad ini, anda mampu memilih penampilan yang bergaya dan anggun.


Sepanjang pengalaman kami mengendalikan program untuk wanita, kami dapati ramai wanita tidak mengetahui maklumat asas tentang diri iaitu gaya personaliti, bentuk badan dan rangka badan. Ini menyukarkan mereka untuk memilih penampilan yang betul.

Kad ini adalah langkah pertama kepada perubahan imej seorang wanita. Kad Audit Imej 360 ini akan dilengkapkan semasa seminar dan memberikan mereka jawapan berkenaan imej yang paling tepat untuk diri mereka sendiri.

PUAN MARY PARTNER

Puan Mary Partner merupakan satu kerjasama puan mary bersama dengan perniagaan yang berkaitan dengan imej. Adakah anda merupakan founder/pemilik perniagaan yang berkaitan dengan imej dan ingin melonjakan prestasi perniagaan anda menjadi lebih eksklusif? Menjadi Puan Mary Partner adalah platform yang tepat.
Puan mary hanya menawarkan enam tempat kepada enam jenama atau perniagaan berbeza untuk menjadi Puan Mary Partner dalam seminar imej 360 kali ini. Berikut merupakan manfaat menjadi puan mary partner
PUBLISITI YANG MELUAS, CEPAT TERSEBAR
DAN TEPAT PADA SASARAN

Penglibatan anda sebagai Puan Mary Partner akan dikenali bukan hanya di kalangan peserta seminar, malah turut dihebahkan kepada hampir 60,000 followers Puan Mary di FB, lebih 20,000 followers Puan Mary di fanpage.

JENAMA ANDA DILIHAT EKSKLUSIF DAN
MENYERLAH

Puan Mary Partner hanya terbuka kepada 6 jenama atau perniagaan berbeza yang menjual produk atau servis yang berbeza. Tidak akan ada produk pesaing dari kategori yang sama akan diterima.

KEPERCAYAAN TERHADAP JENAMA, PRODUK
ATAU SERVIS ANDA AKAN MENINGKAT

Semasa mengendalikan seminar, Puan Mary akan mengintegrasikan konten seminar dengan produk atau servis anda. Ini bermakna ketika bercakap tentang topik tertentu yang ada kaitan dengan produk atau servis anda, ianya akan disebut oleh Puan Mary dan dipaparkan pada slaid beliau.

PELUANG UNTUK BERINTERAKSI SECARA
TERUS DENGAN PESERTA

Anda akan diberikan lot pameran eksklusif, tidak sesak dan cukup luas untuk anda berinteraksi secara langsung dengan peserta seminar.

Semasa seminar berlangsung, peruntukan masa yang khusus selama 30 sehingga 45 minit akan diberikan kepada peserta agar dapat melawat lot pameran anda.

Hubungi Tuan Fazli (013-6891610) untuk maklumat lanjut.

Hubungi Kami


Pejabat: +60 3-4288 4564

Tuan Fazli: +60 13-689 1610

Tuan Fadhil: +60 13-394 1307

3A-2, Jalan Wawasan 4/6,
Bandar Baru Ampang,
68000 Ampang,
Selangor, Malaysia

admin@puanmary.com
imej360.puanmary.com